Tuesday, 11 April 2017

CONTOH SKRIP MOCK TRIAL. (BERDASARKAN NOTA DARI BLOG LAIN, PEMBACAAN DAN SBGNYA. MAY THIS HELP)

CREDIT TO:

1) Siti Nurashikin bt Fuaddin
2) Nur Akmal bt Adnan
3) Asmah bt Che Wan
4) Louisa Francis Loudi
5) Nurulhaffizah bt Ahmad
6) Nazrul Afeeq
7) Mohd Wasfi
8) Thenchelvi
9) Wan Amanina
10) Divya

*FINAL LAW STUDENTS IN UUM*



SKRIPT ___________________________________________________________________________
Polis: Mahkamah bangun….
(Hakim berjalan masuk dan duduk mengambil tempat)
Jurubahasa: Di dalam Mahkamah Sesyen Alor Setar, kes bernombor 62-04- 2017, kes Pendakwaraya lawan Mohd Johny Bin Mohd Ali.
(Tertuduh, Mohd Johny Bin Mohd Ali di bawa ke kandang tertuduh diiringi oleh polis mahkamah)
Pendakwa : Yang Arif, saya Nor Nazrul Afeeq Bin Nor Azzman, bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya, dibantu oleh Muhammad Wasfi Bin Khairul Anuar yang juga merupakan Timbalan Pendakwaraya dan di pihak pembelaan, tertuduh, Mohd Johny Bin Mohd Ali diwakili oleh Puan Nur Akmal, selaku Peguambela dan bersamanya Puan Louisa Francis dari Tetuan Louis and Partners.
Yang Arif, saya memohon pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh.
(Jurubahasa bangun dan pendakwaraya memberi borang pertuduhan kepadanya)
Jurubahasa: Bahawa kamu, Mohd Johny Bin Mohd Ali, bahasawanya kamu, pada 11 haribulan Mac 2017 lebih kurang pukul 1 pagi bertempat berhampiran dengan King’s Bar, Jalan Lincoln, Simpang 4, 14333 Bolehland, Kedah Darul Aman dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya iaitu sebilah pisau ke atas Mohd Rocky Bin Mohd Abu dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalah yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (Akta 574). Jika sabit kesalahan, kamu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan. Adakah kamu faham dengan
pertuduhan ini?
Tertuduh: Saya faham. (Sambil mengangguk)
Jurubahasa: Kamu mengaku bersalah ataupun mintak bicara?
Tertuduh: Saya mengaku tidak bersalah dan mintak dibicarakan.
Hakim: Baiklah.Pihak pendakwaraya, adakah kamu telah bersedia untuk prosiding selanjutnya?

Pendakwa: Ya, Yang Arif. Pihak pendakwaraya akan mengemukakan tiga orang saksi pendakwaan. Kami memohon kebenaran mahkamah yang mulia ini untuk memanggil saksi yang pertama (SP 1) iaitu Inspektor Wan Nurul Amanina Zahira untuk memberi keterangan.
(Inspektor Wan berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi)
(Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan. Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan)
Inspektor: (Berdiri) Bahawasanya, saya Wan Nurul Amanina Zahira, dengan sesungguhnya dan suci hati mengaku bahawa segala keterangan yang akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka.

STAGE PENDAKWAAN (SP 1)

Pendakwa: Dengan izin Yang Arif, Inspektor, sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama, umur, dan pekerjaan anda.
Inspektor: Nama saya Wan Nurul Amanina Zahira, berumur 24 tahun, sekarang saya merupakan Pegawai Penyiasat di IPD Bolehland.
Pendakwa: Apa tujuan Inspektor hadir ke makamah pada hari ini
Inspektor: Untuk memberi keterangan mengenai kes menyebabkan kecederaan parah
Pendakwa: Menyebabkan kecederaan parah terhadap siapa tu Inspektor
Inspektor: Terhadap mangsa yang bernama Mohd Rocky Bin Mohd Abu.
Pendakwa: Terima Kasih, Puan inspektor. Menurut rekod penyiasatan, Inspektor adalah orang yang menerima panggilan dari premis kejadian dan mendapat maklumat bahawa terdapat satu kejadian yang menyebabkan kecederaan parah pada mangsa di tempat tersebut. Adakah benar?
Inspektor: Ya, Benar.
Pendakwa: Bolehkah Inspektor ceritakan kepada mahkamah secara menyeluruh tentang kejadian tersebut.
Inspektor: Baiklah. Pada 11 Mac 2017, saya merupakan inspektor bertugas pada hari tersebut bersama-sama dengan beberapa orang lagi anggota polis yang lain. Kira-kira pada pukul 1.30 pagi, kami menerima satu panggilan daripada seorang lelaki.
Pendakwa: Inspektor nampaknya betul-betul yakin akan masa tersebut, iaitu 1.30 pagi. Boleh Inspektor terangkan kepada mahkamah bagaimana Inspektor yakin dengan waktu yang dinyatakan?
Peguambela: Bantahan, Yang Arif. Soalan yang di kemukakan oleh pihak pendakwa raya tidak relevan dengan pokok perbicaraan ini.
Pendakwa: Yang Arif, kami ingin membuktikan bahawa keterangan ini tidak akan bercanggah dengan bukti-bukti repot perubatan mangsa.
Hakim: Bantahan ditolak. Inspektor, Sila jawab soalan tersebut.
Inspektor: Memang panggilan tersebut di terima pada waktu tersebut kerana setiap panggilan yang diterima, anggota yang bertugas akan merekodkan masa dan nama pemanggil dalam buku rekod panggilan.
Pendakwa: Baiklah. Teruskan. Siapakah pemanggil tersebut?
Inspektor: Panggilan tersebut datang daripada seorang lelaki. Semasa panggilan itu diterima, dia bersuara agak kuat seperti orang yang sedang panik. Oleh sebab itu saya tidak dapat mendengar dengan jelas pertuturannya.
Pendakwa: Hmm…kemudian?
Inspektor: Selepas di tenangkan, dia meminta tolong dengan mengatakan Johny sudah tikam Rocky. Dia berkata lagi bahawa minta polis datang cepat ke King’s bar dan mintak ambulans dipanggilkan kerana dia takut Rocky tidak dapat diselamatkan dan dia dalam keadaan parah. Selepas kami mengambil butir-butir tempat kejadian, saya bersama 6 orang anggota polis yang lain bergegas ke tempat kejadian.
Pendakwa: Berapa lama masa di ambil untuk sampai ke tempat kejadian?
Inspektor: Lebih kurang 10 minit.
Pendakwa: Bolehkah Inspektor gambarkan kepada mahkamah, bagaimanakah keadaan tempat kejadian pada masa tersebut?
Inspektor: Setibanya kami di sana, kami mendapati seorang lelaki sedang memangku seorang lagi lelaki yang sedang berlumuran darah. Mereka dikelilingi beberapa orang awam yang lain. Kemudian kami mengenal pasti lelaki yang membuat panggilan. Beliau merupakan rakan kepada mangsa, Abdullah Terry.
Pendakwa: Adakah Tuan inspektor boleh cam gambar tempat kejadian?
Inspektor: Ya, saya boleh camkan.
Pendakwa: Adakah gambar ini mengambarkan tempat kejadian tersebut? ( sambil tunjukkan gambar tempat kejadian pada inspektor)
Inspektor: Ya, ini adalah tempat kejadian di kawasan belakang King’s Bar
Pendakwa: Mohon gambar tempat kejadaian ditandakan sebagai Eksibit 1(P1)
Pendakwa: Apakah yang Inspektor temui di tempat kejadian?
Inspektor: Kami melihat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di belakang bahunya serta muka dan jari-jarinya tercalar. Terdapat juga pisau yang masih tertikam di belakang bahu mangsa.  Lelaki itu dipangku oleh Terry untuk ditenangkan. Terdapat tompokan darah di atas jalan. Kemudian salah seorang daripada anggota kami mengambil sampel darah tersebut untuk tujuan ujikaji oleh pakar forensik.
Pendakwa: Apakah yang terjadi pada mangsa selepas itu?
Inspektor: Mangsa telah dibawa ke hospital Padi oleh ambulans yang tiba kira-kira 5 minit selepas kami tiba di tempat kejadian
Pandakwa: Baiklah, seterusnya apa yang dilakukan oleh pihak Tuan?
Inspektor: Sementara anggota yang lain memeriksa tempat kejadian, saya telah menemuramah Terry untuk mendapatkan keterangan berkenaan kejadian tersebut.
Pendakwa: Baiklah, boleh Tuan inspektor ceritakan secara ringkas tentang keterangan oleh Terry?
Inspektor: Terry menceritakan kepada saya yang beliau dan mangsa iatu Rocky baru mahu pulang dari kerja pada pukul 1 pagi. Mereka telah keluar dari bar untuk balik dan telah ternampak suatu pergaduhan berlaku antara pelanggan di bar mereka iaitu Johny dan Kumar. Bersama mereka ada beberapa orang lain. Kumar ketika kejadian sedang hampir memukul Johnny dengan kayu besbolnya dan Johnny telah mengeluarkan pisau bagi mempertahankan dirinya. Rocky masuk campur dan cuba tenangkan Johnny kerana takut pergaduhan itu akan menjadi lebih teruk dan telah peluk Johnny dari belakang dan suruh Johny berhenti. Johhny tidak menghiraukan dan cuba melepaskan diri. Mereka telah bergelut dan Johnny telah menikam Rocky dan menolaknya ke jalan. Pisau yang dipegang oleh Johhny telah menikam belakang bahu Rocky. Rocky berada dalam kesakitan kerana kecederaan itu. Johny kelihatan takut dan telah beredar dari situ. Terry kemudian telah menelefon polis dan meminta untuk dipanggilkan ambulans bagi menyelamatkan Rocky.
Pendakwa: Adakah Tuan inspektor ada menyuruh Terry membuat laporan polis berkenaan kejadian itu?
Inspektor: Ya, saya menyuruhnya untuk ke balai Bolehland bagi membuat laporan bagi memudahkan siasatn mengenai kes ini.
Pendakwa: Bilakah laporan polis oleh Terry dibuat?
Inspektor: Pada jam 2 pagi di hari yang sama dengan hari kejadian.
Pendakwa: Berbalik kepada mangsa kejadian, apakah yang telah inspektor lakukan?
Inspektor: Pada pukul 3 pagi, saya dan 3 lagi anggota telah pergi ke Hopsital Padi bagi melihat keadaan mangsa.
Pendakwa: Mangsa ditempatkan di wad apa di Hopital Padi?
Inspektor: Mangsa berada di wad Kecemasan di Hopital Padi
Pendakwa: Bagaimanakah keadaan mangsa ketika Inspektor melihat dia di Hospital?
Inspektor: Mangsa masih pengsan. Pendarahan yang berlaku pada mangsa telahpon dirawat. Bahu mangsa hingga tanganya berada dalam keadaaan dibalut.
Pendakwa: Apakah yang inspektor lakukan selepas itu?
Inspektor: Saya telah pergi untuk mendapatkan keterangan daripada Dr. Yang merawat mangsa iaitu Dr. Tenchelvi mengenai keadaan mangsa.
Pendakwa: Apakah yang telah Dr. Tenchelvi katakan sewaktu keterangan itu?
Inspektor: Dr. Mengatakan mangsa telah dibawa kepadanya pada jam kira-kira 2.00 pagi  pada hari kejadian dalam keadaan kritikal. Pendarahan yang banyak berlaku pada belakang bahu mangsa akibat dari tikaman pisau yang masih berada di belakang bahu mangsa. Dr, telah mencabut pisau dari belakang bahu mangsa untuk melakukan pembedahan. Pembedahan perlu dilakukan kerana kesan tikaman pada belakang bahu mangsa adalah dalam. Selesai pembedahan, doktor terus merawat dan memeriksa anggota badan mangsa jika terdapat kecederaan yang lain.
Pendakwa: Mengenai pisau pada belakang bahu mangsa, apa yang berlaku padanya?
Inspektor: Pisau itu telah dicabut oleh Doktor dari belakang bahu mangsa dan telah diserahkan kepada pihak polis sebagai bahan bukti kes ini. Pisau ini juga dihantar ke unit forensik bagi mengenal pasti cap jari pada pisau tersebut.
Pendakwa: Bolehkan inspektor camkanpisau tersebut?
Inspektor: Ya, saya boleh.
Pendakwa: Adakah ini, pisau tersebut?(sambil menunujukkan pisau kes)
Inspektor: Ya, ini adalah pisaunya.
Pendakwa: Mohon pisau ditanda sebagai Eksibit 2(P2)
Pendakwa: Bilakah tertuduh ditangkap dan di mana?
Inspektor: Tertuduh telah ditangkap pada hari yang sama pada pukul 1 tengahari,   di rumahnya di Jalan Thedore Roosevelt, Simpang 3, 14000 Bolehland, Kedah Darul Aman.
Pendakwa: Bagaimana pula dengan keadaan tertuduh sewaktu tangkapan dibuat?
Inspektor: Sewaktu sampai di rumah tertuduh, kami mendapati tertuduh sedang mengemas barang untuk keluar dari rumahnya.
Pendakwa: Semasa soal siasat, adakah tertuduh mengaku dia yang menikam Rocky?
Inspektor: Tidak, sebaliknya dia menyatakan yang dia telah tidak sengaja dan hilang imbangan serta tertikam Rocky.
Pendakwa: Baiklah. Terima kasih Puan Inspektor. Yang Arif, setakat ini dahulu. Saya tidak mempunyai soalan lagi.



PEMERIKSAAN BALAS_____________________________________________________

Peguambela: Izinkan saya Yang Ariff. (Hakim menganggukkan kepala)                                                   Mengenai pisau untuk kes ini, bagaimanakah puan inspektor boleh mengecam yang pisau P2 itu adalah pisau yang sama yang doktor cabut dari badan mangsa sedangkan saya tengok pisau tu sama je dengan pisau-pisau yang lain?
Inspektor: Saya mengenal pasti dari bentuk pisau, jenama pisau dan lubang-lubang pada pisau tersebut. Kami juga ada prosedur tertentu bagi sesuatu barang kes supaya ia disimpan dengan rapi serta direkodkan segala peristiwa mengenai barang kes seperti tarikh dan asal barang tersebut. Dalam kes ini, segala maklumat mengenai pisau tesebut telah dicatakan dan saya pasti ini adalah pisau yang sama yang doktor cabut dari badan mangsa.
Peguambela: Puan Inspektor, sebentar tadi Puan ada mengatakan bahawa sewaktu puan tiba di tempat kejadian, puan terlihat dua orang iaitu Terry dan Rocky sahaja berada di tempat kejadian. Benar?
Inspektor: Ya, benar. Hanya mereka berdua.
Peguambela: Apakah mustahil kalau saya katakan, kebarangkalian untuk Terry sendiri yang telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan telah buat repot polis selepas itu?
Pendakwa: Bantahan Yang Arif. Pihak peguambela membuat andaian yang tidak munasabah.
Hakim: Bantahan di terima. Pihak peguambela, sila tukar soalan anda.
Peguambela: Yang Arif, saya tidak ada soalan lain.









PEMERIKSAAN SEMULA___________________________________________________

Hakim: Pendakwaraya, ada apa-apa soalan lagi untuk saksi ini?
Pendakwa: Inspektor, sebentar tadi inspektor ada menceritakan mengenai prosedur dalam penyimpanan barang kes. Boleh inspektor terangkan lebih lanjut kenapa inspektor begitu yakin yang dengan prosedur penyimpanan barang kes ini?
Inspektor: Setiap barang kes adalah dibawah tanggungjawab saya. Saya adalah orang yang akan tandatangan atau mengesahkan setiap peristiwa yang berlaku terhadap barang kes tersebut.
Pendakwaraya: Puan Inspektor, apakah sebab yang membolehkan pihak polis membuat konklusi bahawa tertuduh adalah suspek utama kes ini?
Inspektor: Kami tidak membuat keputusan secara rambang tanpa bukti-bukti yang kukuh. Hmm… Berdasarkan hasil penyiasatan yang dikendalikan, keterangan-keterangan dari pihak-pihak yang berkenaan, keterangan dari mangsa dan saksi  yang ternampak kejadian itu, dan kesan cap jari tertuduh pada pisau yang dijumpai. Dengan sebab-sebab ini, kami yakin bahawa tertuduh adalah suspek utama kes ini.
Pendakwa: Saya tidak ada soalan lagi, Yang Arif. Saya meminta agar saksi di bebaskan.
Hakim: Baiklah.Anda boleh keluar.
(polis datang untuk mengiring saksi. Saksi tunduk dan berjalan keluar dari mahkamah)

STAGE PENDAKWAAN (SP 2)
PEMERIKSAAN UTAMA
Pendakwa:     Yang Arif, pihak pendakwaan memohon kebenaran mahkamah yang mulia ini untuk memanggil saksi pendakwaan yang kedua (SP2) iaitu Encik Rocky untuk memberikan keterangan.
(Encik Rocky berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi)
(Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan. Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan.)
Rocky:            Bahawasanya, saya, Mohd Rocky Bin Mohd Abu (No KP: 940910-01-1867), dengan sesungguhnya dan suci hati mengaku bahawa segala yang akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka.
Pendakwa:     Izinkan saya, Yang Arif. Encik Rocky, sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama, umur, dan pekerjaan anda.
Rocky:            Saya Mohd Rocky Bin Mohd Abu (No KP: 940910-01-1867) berumur 23 tahun, bekerja sebagai pelayan bar.
Pendakwa:     Adakah kamu tahu tujuan kamu hadir ke mahkamah pada hari ini?
Rocky:            Ya, saya adalah saksi untuk kes pergaduhan antara Johny dan Rocky dan saya hadir di mahkamah pada hari ini untuk memberikan keterangan mengenai kes menyebabkan kecederaan parah.
Pendakwa:     Adakah kamu pernah memberikan keterangan di mahkamah sebelum ini?
Rocky:            Ya, saya pernah. 
Pendakwa:     Bolehkah kamu ceritakan kepada mahkamah apa yang berlaku pada 11 Mac 2017?
Rocky:            Seperti biasa, saya sedang melakukan rutin harian saya sebagai pelayan bar. Pada malam itu, saya sedang berada di kaunter bayaran sambil bersiap-siap untuk pulang bersama rakan sekerja saya, Terry memandangkan syif kami tamat pada pukul 1 pagi. Tiba-tiba, kami terdengar bunyi bising dan kekecohan. Kami melihat ada pergaduhan antara Johny dan Kumar.
Pendakwa:     Adakah mereka bergaduh secara fizikal pada masa itu? Maksud saya, adakah mereka bertumbuk atau memukul antara satu sama lain?
Rocky:            Tidak, pada masa itu, masih belum terdapat sentuhan sebarang sentuhan fizikal. Mereka hanya bergaduh mulut.
Pendakwa:     Adakah kamu mengenali Johny dan Kumar secara peribadi?
Rocky:            Saya tidak mengenali Kumar secara peribadi tetapi saya memang mengenali Johny sejak zaman persekolahan lagi. Kedua-dua mereka adalah pelanggan tetap kelab selalu melepak dan minum-minum di sini.
Pendakwa:     Seterusnya, apa yang berlaku?
Rocky:            Selepas itu, saya nampak Johny dengan Kumar pergi ke luar bar melalui pintu depan dan saya mengajak Terry mengekori mereka keluar untuk melihat apa yang berlaku seterusnya.
Pendakwa:     Apa yang kamu lihat di luar bar?
Rocky:            Saya nampak Kumar dan Johnny terus bergaduh mulut dan melakukan provokasi antara satu sama lain dimana mereka hampir bertumbuk. Tidak lama selepas tu, Kumar mengangkat kayu besbol dia dan bersedia untuk memukul Johny. Johny pula keluarkan pisau yang telah dia ambil di atas meja bar dan acukan ke arah Kumar.
Pendakwa:     Adakah hanya kamu berempat di luar bar pada ketika itu?
Rocky:            Tidak, pada masa tu, terdapat juga ramai orang yang mengelilingi kami.
Pendakwa:     Kamu tahu siapa mereka?
Rocky:            Tidak, tetapi saya syak mereka geng Kumar.
Pendakwa:     Kamu tahu berapa jumlah mereka?
Rocky:            Tidak, saya tidak tahu. Tetapi, mereka agak ramai dan agak-agak saya dalam berbelas-belas orang.  
Pendakwa:     Jadi, semasa mereka ke luar bar, kamu ada melihat Kumar membawa kayu besbol dan Johny membawa pisau?
Rocky:            Ya, saya nampak Kumar membawa keluar kayu besbol dari beg dia dan Johny pula membawa keluar pisau yang dia ambil dari meja bar.  
Pendakwa:     Apakah yang kamu lakukan pada masa itu?
Rocky:            Nak elakkan diorang bergaduh lebih teruk, saya pun teruslah peluk Johny dari belakang dan cuba rampas pisau tersebut dari tangan dia. Tapi, tak dapat sebab Johny terus bergelut dengan saya sambil guna pisau tu untuk mencederakan saya.
Pendakwa:     Apakah yang kamu cakap ketika kamu memeluk Johny pada masa itu?
Rocky:            Saya ada jerit, suruh dia berhenti tapi tak berjaya.
Pendakwa:     Seterusnya, apa yang berlaku?
Rocky:            Akibat pergelutan itu, saya telah alami luka-luka pada muka dan tangan saya disebabkan pisau yang dipegang Johny. Paling teruk, Johny telah tiba-tiba menikam belakang bahu kanan saya dengan pisau tu dan menolak saya. Lepas itu, saya pun terus lepaskan pelukan dan jatuh ke atas jalan raya sebab tidak dapat menanggung sakit akibat pisau yang masih tercucuk di belakang bahu saya.
Pendakwa:     Apakah yang berlaku selepas itu?
Rocky:            Saya nampak Johny melarikan diri.
Pendakwa:     Kumar pula pada ketika itu?
Rocky:            Dia nampak terkejut dan tercengang-cengang melihat saya.
Pendakwa:     Adakah kamu masih dalam keadaan sedar selepas itu?
Rocky:            Tidak. Saya rasa sangat pening dan tidak bermaya ketika terbaring di atas jalan raya. Lepas itu, saya pengsan tak sedar diri. Cuma perkara terakhir yang saya ingat sebelum pengsan, ialah saya nampak Johny larikan diri dan Kumar tengah tercengang-cengang tengok saya. Selepas itu, saya tidah tahu dan sedar-sedar je, saya dah berada di unit kecemasan Hospital Padi.
Pendakwa:     Adakah kamu tahu bagaimana kamu tiba di hospital masa itu?
Rocky:            Ya, lepas habis pembedahan, Terry ada bagitahu saya yang kelab ada “call” ambulans ke tempat kejadian dan tidak lama lepas tu, saya dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Padi.
Pendakwa:     Berapa lamakah anda berada di hospital?
Rocky:            Saya kena tahan di wad kecemasan untuk terima rawatan selama 3 hari.
Pendakwa:     Adakah anda masih dalam pemerhatian doktor?
Rocky:            Ya. Saya ada temujanji dengan doktor setiap dua minggu untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan.
Pendakwa:     Adakah kehidupan dan rutin harian anda terjejas akibat pembedahan ini?
Rocky:            Ya. Pergerakan saya menjadi sangat susah dan terhad. Tangan kanan saya sukar digerakkan sebab dibalut dengan bandage. Saya juga tidak boleh bekerja seperti biasa disebabkan jari saya yang luka teruk dan saya masih merasa kesakitan setiap kali saya cuba menggerakkan tangan saya. 
Pendakwa:     Berapa lama masa yang dimbil untuk tangan anda sembuh?
Rocky:            Doktor beritahu tangan saya ini ambil masa kira-kira 6 ke 8 minggu untuk pulih sepenuhnya. Balutan di tangan saya dibuka doktor selepas 7 minggu.
Pendakwa:     Kamu ada menyatakan tadi bahawa kamu sudah lama megenali Johny. Bagaimana hubungan kamu dengan Johny?
Rocky:            Hubungan saya dengan dia agak dingin kerana kami pernah bergaduh tidak lama dahulu disebabkan beberapa masalah.
Pendakwa:     Adakah kamu rasa Johny sebenarnya mempunyai niat untuk mencederakan kamu disebabkan masalah yang pernah berlaku diantara kamu dan dia?
Rocky:            Saya tidak tahu samaada dia masih berdendam dengan saya atau tidak. Setahu saya, kami telah berbaik.
Pendakwa:     Yang Arif, setakat ini dahulu. Saya sudah tidak ada soalan lain lagi.

PEMERIKSAAN BALAS
Peguambela:  Izinkan saya Yang Arif. (Hakim menganggukkan kepala). Encik Rocky tadi ada menyatakan bahawa semasa berlakunya pergaduhan di luar bar, terdapat ramai geng-geng Kumar yang mengelilingi mereka. Adakah orang-orang Kumar turut cuba untuk memukul Johny?
Rocky:            Tidak, mereka hanya mengelilingi Johny dan Kumar untuk melihat mereka bergaduh sambil membuat bising.
Peguambela:  Adakah mereka bersenjata pada ketika itu?
Rocky:            Tidak, saya tidak nampak pun sesiapa diantara mereka yang mempunyai sebarang senjata. Hanya Kumar sahaja yang memegang kayu besbol.
Peguambela:  Mungkinkah mereka menyembunyikan senjata di dalam poket baju dan seluar?
Rocky:            Itu saya tidak pasti.
Peguambela:Yang Arif, saya sudah tidak mempunyai apa-apa soalan.       


PEMERIKSAAN SEMULA
Hakim:           Pendakwaraya, ada apa-apa soalan lagi untuk saksi ini?
Pendakwa:     Yang Arif, saya tidak ada soalan lain lagi buat saksi ini. Saya mohon agar saksi dibebaskan.
Hakim:           Baiklah.Anda boleh keluar.
(Polis datang untuk mengiring SP2. SP2 tunduk dan berjalan keluar dari mahkamah)



STAGE PENDAKWAAN (SP 3)
PEMERIKSAAN UTAMA
Pendakwa:     Yang Arif, pihak pendakwaan memohon kebenaran mahkamah untuk memanggil saksi pendakwaan yang terakhir (SP3) iaitu Dr.Thenchelvi.
(Dr Thenchelvi berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi.)
(Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan. Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan.)
Doktor:           Bahawasanya, saya, Thenchelvi A/P Manivel (No K/P: 690211-02-5602), dengan sesungguhnya dan suci hati mengaku bahawa segala yang akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka.
Pendakwa:     Izinkan saya Yang Arif. Doktor, sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama, umur, pekerjaan dan kelayakan anda.
Doktor:           Nama saya Thenchelvi A/P Manivel berumur 48 tahun, berkerja sebagai Doktor Perubatan di Unit Kecemasan Hospital Padi, Kedah. Saya memperoleh ijazah perubatan (MBBS) daripada Royal Surgeon Ireland.
Pendakwa:     Sudah berapa lama anda berkecimpung dalam bidang ini, Doktor?
Doktor:           Saya telah berkhidmat sebagai doktor di hospital kerajaan sejak tahun 1997 dan pada bulan 7 tahun ini, genaplah 20 tahun saya berkhidmat.
Pendakwa:     Jadi, doktor seharusnya berpengalaman luas dan sangat mahir dalam bidang ini. Adakah sebelum ini, doktor pernah menjadikan saksi bagi mana-mana kes di mahkamah?
Doktor:           Ya, saya pernah menjadi saksi di mahkamah dalam beberapa perbicaraan kes-kes bunuh, rogol dan pukul.
Pendakwa:      Apakah tujuan doctor hadir ke makamah pada hari ini?
Doktor:           Untuk memberi keterangan mengenai kes menyebabkan kecederaan parah.
Pendakwa:     Apa kaitan doktor dengan kes ini?
Doktor:           Saya adalah doktor yang merawat mangsa kes ini iaitu Mohd Rocky Bin Mohd Abu.
Pendakwa:     Doktor ada bawa laporan pemeriksaan kecederaan mangsa?
Doktor:           Ya, saya ada bawa.
Pendakwa:     Adakah ini laporan pemeriksaan mangsa yang telah doktor sediakan?
Doktor:           Ya, inilah borang laporan pemeriksaan mangsa yang saya lakukan ke atas pesakit.
Pendakwa:     Yang Arif, saya mohon laporan ini ditandakan sebagai eksibit 2 (P2).
(Hakim mengangguk).
Jurubahasa:   Barang bukti ini telah pun ditanda sebagai ekshibit 2 (P2).
Pendakwa:     Baiklah, bolehkah doktor menceritakan peristiwa pada hari kejadian?
Doktor:           Pada kira-kira pukul 1.45 pagi, saya ada menerima seorang pesakit lelaki yang diambil ambulans setelah menerima panggilan kecemasan.
Pendakwa:     Boleh Doktor terangkan keadaan pesakit pada ketika itu mengikut laporan 
perubatan yang Doktor sediakan?
Doktor:           Saya dapati pesakit mengalami pendarahan yang teruk (bleeding) akibat pisau yang tercucuk pada bahagian belakang bahu kanan dan pemeriksaan awal saya mendapati terdapat juga beberapa kesan luka pada bahagian muka dan tangan pesakit. Daripada reaksi pesakit, jelas menunjukkan bahawa dia menderita kesakitan yang amat sangat.
Pendakwa:     Apakah yang doktor lakukan selepas itu?
Doktor:           Saya mencabut pisau dari tubuh pesakit dan kemudiannya saya lakukan prosedur rawatan kecemasan bertujuan untuk menghentikan pendarahan. Namun, apa yang saya dapati ialah kecederaan akibat tusukan pisau di belakang bahu pesakit adalah dalam dan serius serta memerlukan pembedahan segera.
Pendakwa:     Adakah doktor terus melakukan pembedahan segera?
Doktor:           Ya, kerana jika ia tidak dilakukan segera, keadaan pesakit akan menjadi lebih teruk dimana saraf pesakit akan terjejas teruk.Mangsa juga akan mengalami pendarahan yang teruk yang boleh menyebabkan hypo volume shock.Hypo volume shock boleh menyebabkan maut jika tidak mangsa tidak menjalani pembedahan.
Pendakwa:     Berapakah kedalaman kecederaan akibat tusukan pisau tersebut?
Doktor:           Hasil pemeriksaan saya, panjang keseluruhan pisau adalah 25cm dan bilah pisau tersebut panjangnya 10cm.Bilah pisau tersebut tertusuk kedalam tubuh pesakit sedalam kira-kira 8 sentimeter.
Pendakwa:     Boleh doktor boleh camkan pisau tersebut?
Doctor:           Ya, saya boleh camkan.
Pendakwa:     Adakah ini pisau tersebut, Doktor?
(Mengangkat pisau dalam plastik, Hakim mengangguk pendakwaraya memberikan pisau itu kepada jurubahasa dan seterusnya menyerahkan kepada hakim untuk dibuat catatan).
Doktor:           Ya, inilah pisau yang saya cabut dari tubuh mangsa.
Pendakwa:     Yang Arif, barang bukti ini telah pun ditanda sebagai ekshibit 1 (P1). Selain daripada kesan tikaman pisau, bagaimana pula dengan kecederaan-kecederaan lain yang dialami pesakit mengikut laporan perubatan.
Doktor:           Merujuk kepada laporan perubatan, pesakit telah mengalami kecederaan seperti, luka di muka, luka di jari termasuk semua jari di kedua-dua tangan dan flexor tendon jari kanannya dipotong.
Pendakwa:     Tadi Doktor katakan flexor jari kelingking kanannya terpotong. Bolehkah Doktor jelaskan tentang keadaan jari mangsa tersebut.
Doktor    : Flexor jari kelingking kanan mangsa terpotong dan memerlukan rawatan berkala.Mangsa perlu menjalani rawatan fisioterapi setiap minggu dan jari tersebut tidak dapat berfungsi.
Pendakwa:   Berapa lama masa diambil untuk jari kelingking kanan mangsa tersebut pulih seperti sediakala?
Doktor:           Jangka masa tidak dapat ditentukan untuk tempoh sembuh sepenuhnya.Biasanya ia mengambil masa lebih kurang 6 bulan tetapi Ia bergantung pada keadaan mangsa. Mangsa memerlukan pembedahan yang serius yang perlu dilakukan untuk menyatukan  semula tendon dan membawa keupayaan penuh pada jari tersebut.Walaubagaimanapun ia masih bergantung kepada kadar pemulihan pesakit, aktiviti harian dan susulan fisioterapi.

Pendakwa:     Apakah kesan kecederaan-kecederaan ini kepada pesakit?
Doktor:           Mengikut laporan perubatan. Pesakit berada dalam kesakitan dan perlu mengambil ubat tahan sakit secara berkala. Selain itu, pesakit perlu menerima rawatan susulan daripada saya selama 3 hari di hospital. Saya turut dapati bahawa pergerakan tangan kanan pesakit sangat terbatas akibat kecederaan serius pada otot bahu dia yang telah dijahit. Setiap kali cuba melakukan pergerakan, pesakit akan megerang kesakitan. Jadi, tangan pesakit telah dibalut untuk memastikan luka pada bahu pesakit tidak terbuka.Pesakit juga memerlukan pembedahan yang serius bagi menyatukan semua tendon jarinya seperti saya ceritakan tadi.
.
Pendakwa:     Yang Arif, setakat ini dahulu. Saya sudah tidak ada soalan lain lagi.



PEMERIKSAAN BALAS
Peguambela:  Izinkan saya Yang Arif. (Hakim menganggukkan kepala). Doktor. Tadi doctor ada cakap mengenai pembedahan segera perlu dilakukan terhadap mangsa pada luka pisau tersebut. Setuju kalo saya katakana, ia tidak akan mengakaibatkan maut kepada mangs ajika pembedahan segera tidak dilakukan pada luka tikaman?
Doktor:           Tidak setuju kerana jika pembedahan tidak dilakukan segera, keadaan pesakit akan menjadi lebih teruk dimana saraf pesakit akan terjejas teruk.Mangsa juga akan mengalami pendarahan yang teruk yang boleh menyebabkan hypo volume shock.Hypo volume shock boleh menyebabkan maut jika tidak mangsa tidak menjalani pembedahan.

Peguambela:  Baiklah.Yang Arif, setakat ini dahulu.Saya tidak ada soalan lain untuk saksi ini.








Hakim:           Pendakwaraya, ada apa-apa soalan lagi untuk saksi ini?
Pendakwa:     Ada Yang Ariff. Doktor, berdasarkan kecederaan serius yang disebabkan tertuduh ke atas mangsa iaitu Encik Rocky, setujukah jika saya katakan terdapat elemen “disengajakan” dimana tertuduh sebenarnya mempunyai niat untuk mencederakan mangsa?
Peguambela:  Bantahan Yang Arif. Tertuduh masih belum di sabitkan kesalahan dan pihak pendakwaan tidak sepatutnya mengandaikan tertuduh sengaja untuk mencederakan dan berniat untuk berbuat begitu.
Hakim:           Bantahan di terima. Pihak pendakwa, sila tukar soalan anda.
Pendakwa:     Tadi peguambela ada menanyakan mengenai pembedahan segera yang perlu dilakukan terhadap mngsa.Boleh Doktor terangkan tujuan pembedahan segera yang doctor lakukan terhadap luka tikaman mangsa.
Doktor:           Ya, kerana jika ia tidak dilakukan segera, keadaan pesakit akan menjadi lebih teruk dimana saraf pesakit akan terjejas teruk.Mangsa juga akan mengalami pendarahan yang teruk yang boleh menyebabkan hypo volume shock.Hypo volume shock boleh menyebabkan maut jika tidak mangsa tidak menjalani pembedahan.
Pendakwa:      Soalan terakhir ye doctor. Pada pendapat doctor, berdasarkan analisis yang telah
Doctor buat pada mangsa, adakah kecederaan pada diri mangsa adalah
kecederaan parah?
Doktor:            Mangsa mengalami luka akibat tikaman pisau yang dalam di belakang bahu
belah kanan yang memerlukan pembedahan segera. Mangsa juga mengalami
banyak kesan luka dan calaran di bahagian muka dan tangan. Selain itu, “flexor
tendon” jari kelingking tangan kanan mangsa terpotong dan memerlukan
pembedahan yang serius. Jadi, pada pendapat saya, mangsa mengalami
kecederaan yang parah.

Pendakwa:     Yang Arif, saya tidak ada soalan lain lagi buat saksi ini. Saya mohon agar saksi dibebaskan.
Hakim:           Baiklah.Anda boleh keluar.
(Polis datang untuk mengiring SP3. SP3 tunduk dan berjalan keluar dari mahkamah)
PENGGULUNGAN OLEH PEGUAMBELA
Peguambela : Izinkan saya Yang Arif.
Setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaraya, terdapat Bukti-bukti yang masih samar mengenai liabiliti jenayah anak guam kami.Terdapat dua faktor utama iaitu :
Pertama, berdasarkan keterangan mangsa (SP2), telah mengakui bahawa SP2 dan OKT telah bergelut.Dalam pergelutan, kemungkinan terhadap berlakunya sebarang kecelakaan adalah positif.OKT sedar bahawa kehadiran pisau tersebut memungkinkan dia untuk mengakibatkan kecederaan terhadap Kumar tetapi bukan pada SP1.Justeru, tiada motif untuk OKT mengakibatkan kecederaan terhadap SP1.
Kedua, keterangan oleh doktor tersebut (SP3) mengesahkan bahawa SP2 telah mengalami kecederaan yang parah akibat tusukan yang kuat dengan menggunakan senjata pisau seperti P1 boleh menyebabkan kecederaan seperti yang dialami oleh mangsa.Meskipun OKT sedar bahawa kehadiran pisau tersebut memungkinkan dia untuk mengakibatkan kecederaan, tindakannya memegang pisau P1 adalah untuk melindungi diri terhadap sebarang kemungkinan, bukan nya semata-mata untuk digunakan di dalam persengketaan dengan Kumar.
Konklusinya di sini, pihak pembelaan ingin menekankan bahawa tiada kes prima facie di pihak pendakwaan disebabkan mereka tidak berjaya membuktikan kes malampaui keraguan munasabah. Justeru, pihak pembelaan memohon kepada mahkamah yang mulia ini untuk membebaskan anak guam kami. Sekian, terima kasih.

PENGGULUNGAN OLEH PIHAK PENDAKWARAYA_______(PRIMA FACIE)_________________________
Pendakwa 1 : Dengan izin, Yang Arif.
Pihak pendakwa raya telah membuktikan bahawa terdapat kes prima facie di pihak kami atas beberapa faktor utama iaitu:
Pertama, tertuduh, Mohd Johhny bin Mohd Ali telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan pisau yang boleh mendatangkan kematian terhadap mangsa, Mohd Rocky Bin Mohd Abu. Ini dapat dibuktikan melalui keterangan Saksi kedua (SP2) iaitu mangsa sendiri yang telah meminta supaya OKT berhenti daripada meneruskan perbuatanya yang sedang memegang pisau semasa pergelutan bersama OKT berlaku. Walaubagaimanapun, OKT telah terus bergelut dan telah menikam mangsa di belakang bahunya serta menolak mangsa ke atas jalan. Oleh sebab OKT tidak berhenti setelah diberitahu untuk berhenti dan menolak mangsa ke atas jalan, OKT dengan itu mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan terhadap mangsa. Tambahan lagi, kesan luka yang banyak pada mangsa pada bahagian muka dan tangan seperti yang dinyatakan oleh SP3 juga membuktikan bahawa OKT telah dengan sengaja menolak mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan banyak luka pada muka dan tangan.
Kedua, berdasarkan analisis doktor dari unit Kecemasan Hopsital Padi (SP3), kesan tikaman pisau adalah sedalam 8cm. Panjang pisau yang telah ditikam pada belakang bahu mangsa adalah sepanjang 10 cm dan 8 cm daripadanya telah terbenam di dalam belakang bahu mangsa. Tikaman yang dalam ke belakang bahu mangsa membuktikan OKT mempunyai niat untuk mencederakan mangsa. Selain itu, SP3 juga telah menyatakan bahawa kecederaan pada belakang bahu mangsa akibat tikaman pisau tersebut perlu dibedah dengan segera kerana lukanya adalah dalam. Jika pembedahan tidak dilakukan, mangsa mungkin boleh mati. Tangan mangsa juga telah dibalut untuk mengelak pergerakan tangan mangsa yang mana boleh menyebabkan luka pada bahu mangsa terbuka semula. SP 3 juga ada menyatakan yang tangan mangsa perlu dibalut sehingga 6 minggu dan mangsa sudah semestinya terbatas untuk melakukan aktiviti harianya termasuklah bekerja sebagai pelayan bar di King’s Hotel.
Tambahan lagi, selepas analisis lanjut oleh SP3, SP3 menyatakan bahawa “flexor tendon” jari kelingking tangan kanan mangsa telah putus dan menyebabkan jari itu tidak dapat digunakan melainkan pembedahan dilakukan terhadap bahagian tersebut.
Berdasarkan rakaman percakapan mangsa kejadian tersebut (SP2), pihak pendakwaan membuktikan elemen bahawa OKT telah menyebabkan kecederaan ke atas mangsa dengan menikam mangsa menggunakan senjata pisau. Berdasarkan kepada keterangan oleh doktor (SP3) pula yang mengesahkan bahawa kecederaan mangsa adalah parah dan berisiko tinggi untuk kematian, maka elemen bahawa OKT telah menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa dengan menikam mangsa dengan menggunakan senjata pisau yang boleh menyebabkan kematian mangsa dan kegagagalan fungi tubuh mangsa telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
Justeru, pihak kami telah membuktikan kedua-dua elemen dalam kes jenayah iaitu actus reus dan mens rea, dan kami memohon budi bicara mahkamah untuk memutuskan bahawa terdapat prima facie dalam kes ini. Sekian, terima kasih




KEPUTUSAN HAKIM (WUJUD PRIMA FACIE ATAU TIDAK)­_________________________

Hakim : Baiklah.
Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, iaitu pihak pendakwaraya dan pihak pembelaan, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa terdapat kes prima facie di pihak pendakwaraya berdasarkan faktor-faktor ini:
Saya berpuas hati dengan saksi-saksi yang di kemukakan oleh pihak pendakwaraya. Pihak pendakwaraya telah berjaya membuktikan kewujudan elemen actus reus dalam kes ini. Ini dibuktikan dengan keterangan-keterangan daripada kesemua saksi pihak pendakwaraya. Saya mendapati tiada sebarang keraguan dalam pembuktian ini.
Kedua, analisis daripada Doktor amat meyakinkan dan ianya jelas menunjukkan perbuatan OKT menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa menggunakan pisau dan ianya boleh mendatangkan kematian.
Ketiga, bagi elemen mens rea, beban pembuktian berada di bahu pihak pembela untuk membuktikan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang motif atau niat untuk membunuh si mati.
Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan bahawa terdapat kes prima facie di pihak pendakwaraya dan dengan ini, mahkamah mengarahkan supaya tertuduh tampil membuat pembelaan. Jurubahasa?








SESI PERBICARAAN (PEMBELAAN)
(Saksi- saksi pembelaan)
( Hakim masuk)
Polis : Mahkamah bangun…
(Hakim masuk dan duduk, diikuti oleh semua yang hadir)
Jurubahasa : Di dalam Mahkamah Sesyen Jenayah Alor Setar, kes bernombor 62-04/ 2017, kes Pendakwaraya lawan Mohd Johny bin Mohd Ali.
Hakim : Baiklah, adakah pihak peguambela sudah bersedia?
Peguambela : Ya.Yang Arif, Pihak peguambela akan mengemukakan tiga orang saksi pembelaan termasuk tertuduh.

PEMERIKSAAN UTAMA
Peguambela : Yang Arif, Pihak pembelaan memohon kebenaran mahkamah untuk memanggil saksi pembelaan yang pertama iaitu OKT Mohd Johny bin Mohd Ali.
(Mohd Johny. berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi)
(Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan.Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan)
Mohd Johny : Bahawasanya, saya Mohd Johny bin Mohd Ali, mengaku bahawa segala yang akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.
Peguambela : Izinkan saya, Yang Arif. Sila nyatakan kepada mahkamah ini, apakah pekerjaan anda?
J:          Saya adalah pelajar di Universiti Aman Damai.
Peguambela : Boleh OKT ceritakan apakah yang berlaku pada malam kejadian?
J:          Pada malam kejadian saya dan Kumar bertengkar mulut. Saya dikelilingi oleh geng-geng Kumar dan Kumar memegang sebatang kayu besbol. Ketika bertengkar, Kumar seperti ingin menyerang saya menggunakan bet besbolnya lalu saya mengeluarkan pisau yang saya ambil dari bar untuk mempertahankan diri saya. Tiba-tiba ada orang memeluk saya dari belakang.Kami bergelut dan saya tertikam seseorang.
Peguambela : Jadi, adakah anda pasti siapa yang memeluk anda dari belakang?
J:          Tidak. Saya tidak pasti siapa yang memeluk saya dari belakang kerana        suasana malap dan bising. Tapi pada fikiran saya ketika itu,  boleh jadi   Kumar atau pun rakan nya yang memegang saya.
Peguambela : Boleh jelaskan kepada mahkamah sama ada tindakan anda menikam mangsa di dalam kawalan anda?
J:          Tidak. Tindakan saya adalah diluar kawalan saya kerana saya berasa                       terancam.
Peguambela: Terancam? Boleh OKT terangkan mengapa anda mengatakan diri anda berasa terancam?
J:          Boleh. Mangsa bukan sahaja memeluk saya, malah cuba merampas pisau di tangan saya yang mana pisau itu sahaja alat yang boleh saya gunakan untuk mempertahankan diri saya pada masa tersebut. Dan saya benar-benar menyangka orang yang itu adalah orang Kumar.
S:         Adakah anda tahu yang tindakan anda memegang pisau boleh mencederakan orang lain?
J:          Ya. Saya tahu tindakan saya boleh mencederakan orang lain tetapi tindakan saya bertujuan untuk mempertahankan diri saya.
S:         Apakah tindakan anda selepas menikam mangsa dan mengapa anda bertindak sedemikian?
J:          Saya beredar dari tempat kejadian kerana saya berasa terkejut dan takut      selepas saya tersedar saya telah menikam mangsa.
S:         Adakah anda mengalami sebarang kecederaan akibat daripada pergelutan   tersebut?
J:          Ya, saya mengalami beberapa luka di bahagian badan dan tangan kesan dari pergelutan.
Peguambela : Baiklah.Yang Arif, setakat ini dahulu.Saya tidak ada soalan lain untuk saksi ini.

PEMERIKSAAN BALAS
Pendakwa: Adakah kamu mengenali SP2?
J:          Ya. Dia adalah pelayan Bar di King’s Bar. Dia ramah dan rapat dengan kebanyakan pelanggan Bar.
Pendakwa: Jadi, adakah kamu bersetuju untuk saya katakan bahawa kamu sedar bahawa yang memegang kamu pada masa tersebut ialah SP2 memandangkan hubungan kamu yang rapat dengannya.
Peguambela : Bantahan Yang Arif. Pihak pendakwa raya cuba membuat spekulasi.
Hakim : Bantahan di terima. Pihak peguambela, sila tukar soalan anda.
Pendakwa: Adakah kamu kerap bergaduh dengan Kumar?
J : Kami memang selalu bergaduh. Tapi biasanya memang pergaduhan yang melibatkan hal-hal yang remeh sahaja seperti berebut parking motor di tempat parkir di bangunan universiti atau berebut padang bola sepak. Tiada lagi pergaduhan yang dasyat setakat ini.Tapi pada malam itu, Kumar tidak seperti selalu.Dia seolah-olah dalam keadaan marah sangat. Jadi, saya khuatir akan keselamatan saya. 
Pendakwa : Yang Arif, saya tidak ada soalan lain.



PEMERIKSAAN SEMULA
Peguambela : Apakah yang menyebabkan kamu menyangkakan orang yang memegang kamu adalah Kumar dan bukan lah SP2?
J: Pada malam itu, keadaan sekitar suram dan malap. Suasana pada waktu itu juga mula kelam-kabut apabila orang ramai yang di dalam bar turut keluar ke tempat kejadian.Saya amat keliru dan takut.
Yang Arif, saya tidak ada soalan lain untuk saksi ini. Saya diminta agar anak guam dibebaskan.
Hakim : Baiklah, anda boleh keluar.
(Polis datang untuk mengiring tertuduh.Tertuduh tunduk dan keluar dari kandang.)













PEMERIKSAAN UTAMA
Peguambela : Yang Arif, pihak pendakwa memohon kebenaran mahkamah untuk memanggil saksi pendakwaan yang kedua iaitu Dr. Siti Nurashikin binti Fuaddin.
(Dr Siti Nurashikin binti Fuaddin berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi.)
(Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan.Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan.)
Doktor : Bahawasanya, saya, Siti Nurashikin binti Fuaddin, mengaku bahawa segala yang akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka.
Peguambela : Izinkan saya Yang Arif. Doktor, sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama, umur, dan pekerjaan anda.
S : Nama saya Siti Nurashikin binti Fuaddin berumur 37 tahun berkerja       sebagai Consultant Orthophedic Surgeon di Kedah Medical Centre, Alor Setar.
Peguambela : Sudah berapa lama anda berkecimpung dalam bidang ini, Doktor?
S : Sudah 7 tahun saya bekerja dalam bidang ini.
Peguambela :   Adakah Doktor pernah memberi keterangan di Mahkamah sebelum ini?
S :        Ya. Pernah

Peguambela: Adakah Doktor telah memeriksa pesakit bernama Mohd Rocky bin Abu pada 17-3-2017?
S:         Ya, saya ada memeriksa pesakit bernama Mohd Rocky bin Abu.
Peguambela: Jadi, adakah Doktor juga yang telah menyediakan Laporan Perubatan Pakar bertarikh 20-3-2017?
S :Ya, saya sediakan Laporan Perubatan Pakar bertarikh 20-3-2017
Peguambela: Mohon tandakan Laporan Perubatan bertarikh           sebagai P-__ dan P-       .
Peguambela :Berdasarkan Laporan Perubatan Pakar bertarikh 20-3-2017,   boleh Doktor terangkan kepada mahkamah kesan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh pesakit akibat dari pergelutan tersebut?
S:Boleh. Pesakit mengalami kesan tikaman sedalam 8cm di bahagian bahu kanan, pelbagai luka di muka dan tendon flexor jari kanannya sedikit  terpotong.
Peguambela: Dari sudut pandangan doktor, adakah kesan tikaman sedalam 8cm pada bahu           kanan pesakit dan tendon flexor jari kanan sedikit terpotong boleh terjadi semasa pergelutan?
S :        Ya, ini kerana semasa pergelutan, tindak balas yang dilakukan oleh seseorang         ketika bergelut adalalah diluar kawalan pihak tersebut.  
Peguambela: Adakah kecederaan yang dialami oleh pesakit boleh menyebabkan pesakit mengalami kesakitan berpanjangan sehingga mengambil masa yang lama untuk pulih?
S:         Tidak, kerana selepas pembedahan dilakukan, pesakit tidak akan mengalami           kesakitan berpanjangan dan mengambil masa kira-kira selama 4 hingga 5 bulan untuk pulih.
Peguambela: Adakah Doktor telah memeriksa pesakit bernama Mohd Johny bin Mohd Abu pada 12-3-2017?
S:         Ya.
 Peguambela: Adakah Doktor telah menyediakan Laporan Perubatan Pakar bertarikh 19-3-2017?
S: Ya.
Peguambela: Mohon tandakan Laporan Perubatan bertarikh           sebagai P-       .
Peguambela: Boleh Doktor  terangkan kepada mahkamah kesan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh pesakit?
  (J)      Boleh. Pesakit mengalami luka-luka di bahagian lengan, pergelangan tangan dan jari.Pesakit juga mempunyai lebam-lebam pada bahagian bahu, pinggang dan lengan akibat dari pergelutan semasa pergaduhan.
Peguambela: Adakah Doktor berpegang dengan Laporan-laporan Perubatan Pakar yang Doktor sediakan ini?
(J)        Ya.

PEMERIKSAAN BALAS
Pendakwa : Izinkan saya Yang Arif.
(Hakim menganggukkan kepala).

Pendakwa : Doktor, anda betul-betul yakin bahawa luka tikaman sedalam 8cm pada bahu kanan pesakit dan tendon flexor jari kanan sedikit terpotong boleh terjadi semasa pergelutan?
Doktor : Ya, saya yakin.
Peguambela : Tidak kah Doktor berpendapat bahawa kesan-kesan kecederaan sedemikian adalah belebihan dan boleh disifatkan sebagai kecederaan yang dilakukan dengan sengaja?
Peguambela : Bantahan Yang Arif. Pihak pendakwa membuat andaian yang tidak munasabah.
Hakim : Bantahan di tolak. Sila jawab soalan tersebut.
Doktor: Luka tersebut adalah biasa dalam keadaan tersebut. Bahkan, ada yang lebih teruk daripada itu.
Peguambela : Yang Arif, saya tidak ada soalan lain.
PEMERIKSAAN SEMULA
Pendakwa : Jadi, betul atau tidak jika saya katakan, kecederaan tersebut adalah perkara biasa apabila berlakunya pergelutan.
Doktor: Ya.
Pendakwa: Yang Arif, saya tidak ada soalan lain untuk saksi ini. Saya meminta agar saksi di bebaskan.
Hakim : Baiklah.Anda boleh keluar.
( polis datang untuk mengiring saksi.Saksi tunduk dan berjalan keluar dari mahkamah.
PEMERIKSAAN UTAMA
Peguambela : Yang Arif, pihak pendakwa memohon kebenaran mahkamah untuk memanggil saksi pendakwaan yang ketiga iaitu Amirool Faez bin Suhasi
(Amirool Faez bin Suhasi berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandan saksi.)
(Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan.Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan.)
Peguambela:Adakah anda terlibat dalam pergaduhan pada 11 Mac 2017 bersama Johny dan Kumar ?
   (J)     Ya.
Peguambela: Boleh tolong ceritakan apa yang berlaku?
    (J)    Pada 11 Mac 2017, Johny mengajak saya ke bar untuk lepak. Semasa saya sedang minum-minum bersama Johny, Kumar dan rakan-rakannya datang menarik Johny lalu pertengkaran mulut berlaku. Kami dimarahi pelanggan bar yang lain kerana bising lalu Kumar mengajak kami selesaikan masalah di luar bar. Di luar bar, kami bertengkar mulut sehingga Kumar mengeluarkan kayu besbol untuk memukul dan rakan-rakannya yang lain turut memulakan langkah untuk memukul. Saya melihat Johny mengeluarkan sebilah pisau pada ketika itu dan tiba-tiba datang seseorang memeluknya dari belakang.Mereka bergelut lalu pisau tersebut tertikam belakang badan orang yang memeluk tersebut.
Peguambela: Apakah yang terjadi kepada mangsa dan Johny selepas itu?
    (J)    Mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan manakala Johny terkejut dan keliru dengan apa yang berlaku dan mengajak saya untuk beredar.
Peguambela: Berapa ramaikah orang yang terlibat dalam pergaduhan tersebut?
Saya tidak pasti kerana orangnya ramai. Saya bersama Johny manakala Kumar bersama beberapa orang rakan-rakannya yang lain. Yang pasti jumlahnya lebih ramai daripada kami.

PEMERIKSAAN BALAS
Pendakwa : Izinkan saya Yang Arif.
(Hakim menganggukkan kepala).

Pendakwa:  Kenapa lari? Adakah anda takut kerana telah membuat kesalahan?
J :         Kami terkejut dan keliru.
Pendakwa : Awak pastikah yang ramai itu adalah geng Kumar atau hanya orang kebanyakan?
J : Saya tidak pasti.
Pendakwa : Yang Arif, saya tidak ada soalan lain.

PEMERIKSAAN SEMULA
Pembelaan : Apa yang Johny katakan kepada kamu sebelum beredar?
J: Johny berkata, “Eh, apa yang terjadi ni?” Johny kelihatan keliru dan kami beredar dari situ kerana takut polis akan tangkap kamu.
Pembelaan: Kamu cakap Kumar ada ramai kawan. Semasa kejadian tersebut, apakah reaksi rakan-rakan Kumar terhadap pergaduhan tersebut?
J: Betul saya tidak pasti orang-orang itu adalah rakan-rakan Kumar. Tapi mereka cuba menyerang kami.
Pendakwaan: Yang Arif, saya tidak ada soalan lain. Saya meminta agar saksi di bebaskan.
Hakim : Baiklah.Anda boleh keluar.
( polis datang untuk mengiring saksi.Saksi tunduk dan berjalan keluar dari mahkamah.

PENGGULUNGAN OLEH PENDAKWAAN



PENGGULUNGAN OLEH PEGUAMBELA
Peguambela : Izinkan saya Yang Arif.
Di dalam kes ini, terdapat beberapa konklusi utama:
Pertama, walaupun kewujudan actus reus berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaraya, tetapi mereka gagal membuktikan kewujudan satu elemen lain yang penting dalam kes jenayah iaitu mens rea. tertuduh kami langsung tidak mempunyai sebarang motif untuk mencederakan Rocky. Sekalipun tertuduh kami mempunyai motif, dalam kes jenayah, motif adalah tidak relevan dan tidak boleh digunakan sebagai mens rea untuk menyabitkan kesalahan tertuduh.Ini dijelaskan dalam kes Yeo Ah Seng lawan PP (1967) 1 MlJ 231 di mana Yang Arif Barakbah menyatakan bahawa motif bukanlah satu elemen jenayah.Oleh yang demikian, pembuktian mens rea oleh pihak pendakwa raya telah gagal. Disebabkan kegagalan pihak pendakwaraya membuktikan elemen mens rea manakala pihak pembelaan telah berjaya membuktikan bahawa tertuduh tidak mempunyai kewarasan akal semasa kejadian, kami pihak pembela memohon mahkamah membebaskan Mohd Johny bin Mohd Ali daripada sebarang liability jenayah.
Perbuatan tertuduh adalah atas dasar mempertahankan diri.Disini kami ingin menegaskan bahawa tertuduh telahpun memenuhi pra-syarat serta syarat-syarat hak pertahanan persendirian.Terdapat beberapa syarat penting yang harus dipenuhi bagi membolehkan OKT dibebaskan dari tuduhan. Syarat pertama adalah OKT mesti subjected to an offence atau ikut erti kata lain, OKT berada dalam suatu masalah. Merujuk kepada s 97, setiap orang mempunyai hak  untuk mempertahankan diri sendiri, dan diri org lain terhadap sebarang kesalahan yang melibatkan tubuh manusia. Walaubagaimanapun, hak pertahanan persendirian ini bergantung kepada ketakutan yang munasabah.Semasa waktu konfrontasi, Johny berasa tertekan dan terancam kerana Kumar dan gengnya mengepung Johny. Oleh sebab itu, Johny mengambil sebilah pisau dari kelab malam kerana dia takut akan terjadi sesuatu yang buruk terhadap dirinya. Dengan merujuk kes Tony ak Beliang v PP, dimana kes tersebut menegaskan tertuduh mempunyai hak mempertahankan diri atas kesalahan dimana secara realitinya, bukan suatu kesalahan, walaupun Kumar hanya memulakan pergaduhan mulut dengan Johny, situasi pada hari kejadian menekan Johny untuk melakukan perbuatan diluar kawalannya . Pra-syarat kedua adalah OKT mestilah tidak mempunyai masa untuk mendapatkan perlindungan dari pihak keselamatan seperti yang tertakluk dalam s 99(3). Disini kami ingin menegaskan bahawa disebabkan oleh konfrontasi dengan Kumar, tertuduh tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk berdepan dengan Kumar. Kami juga ingin merujuk dua kes untuk memperkukuhkan lagi hujahan kami. Dalam kes PP v Seow Khoon Kwee [1988] 2 SLR (R) 310, dimana Si tertuduh telah menikam rakannya kerana si tertuduh mendakwa bahawa rakannya akan menyerang si tertuduh. Pihak mahkamah menolak pengakuan mempertahankan diri atas sebab si tertuduh merasa terancam terhadap si mati sehari sebelum waktu kejadian.Oleh sebab itu, si tertuduh mempunyai masa untuk mendapatkan perlindungan dari pihak polis.Dalam kes PP v Lim Yew Sen [2004] 2 MLJ 97, Si tertuduh mengikuti si mati ke suatu tempat untuk mengadakan “gentleman’s fight”.Pihak mahkamah menolak defence atas sebab s 99 (3). Oleh sebab itu, kami yakin bahawa tertuduh telah memenuhi kedua-dua pra syarat.Seterusnya, kami yakin syarat-syarat juga Berjaya dipenuhi oleh tertuduh.Syarat utama yang harus dititikberatkan adalah kebimbangan yang munasahabah.Tertuduh berjaya melepasi syarat tersebut tertuduh dikepung oleh Kumar dan gengnya. Situasi tersebut menimbulkan “kebimbangan munasahabah” di mana pada bila-bila masa, serangan akan berlaku dan dia mungkin akan mengalami kecederaan parah ataupun dibunuh. Situasi ini diperkukuhkan dengan merujuk kes PP v Dato’ Balwant Singh (No. 2) [2003] 3 MLJ 395, tertuduh, seorang pemandu kereta merupakan mangsa “amukan jalanan” oleh si mati, seorang penunggang motosikal.Si mati menarik keluar tertuduh dari keretanya dan menggunakan sebatang kayu untuk memukul tertuduh sehingga menyebabkan kecederaan keatas tertuduh.tertuduh menggunakan senjata api dan menembak kearah lain sebagai tanda amaran tetapi si mati tetap menyerangnya. tertuduh menembak si mati sehingga mati. Pihak Mahkamah memutuskan tertuduh dibebaskan kerana dia melakukan perbuatan tersebut atas sebab untuk mempertahankan dirinya. Augustine Paul J menyatakan bahawa si tertuduh “dengan perasaan takut bahawa si mati akan mencederakannya atau membunuhnya.” Si mati menggunakan Batang kayu yang boleh menyebabkan retak pada bahagian kepala atau tulang.Tertuduh juga berjaya tempoh pertahanan persendirian.hak pertahanan persendirian bermula sebaik saja muncul kebimbangan bahaya yang munasabah terhadap tubuh badan, walaupun kesalahan belum lagi berlaku dan berterusan selagi kebimbangan bahaya kepada tubuh badan berlaku. Menurut kes PP v Ngoi Ming Sean [1982] 1 MLJ 24 tertuduh dibebaskan kerana dia tidak mempunyai masa untuk mendapatkan bantuan selain dari menarik picu pistol demi menyelamatkan dirinya dari simati yg ketika itu sangat agresif.Mahkamah turut berpendapat bahawa kebimbangan yg munasabah kerana secara fizikalnya badan simati jauh lebih besar dan kuat dari tertuduh. Dalam kes Rocky, hak pertahanan persendirian bermula sebaik sahaja dia merasa “kebimbangan munasahabah” apabila dia dikepung oleh Kumar dan dia berfikiran bahawa serangan telah bermula apabila Johny memeluknya dari belakang dan mencuba untuk mengambil pisau daripda genggaman Johny, satu-satunya senjata yang dia boleh gunakan untuk mempertahankan dirinya. Syarat ketiga adalah dimana OKT menggunakan kuasa yang munasahabah dan masa untuk mendapatkan bantuan daripada pihak keselamatan.Menurut s 99(3), Tidaklah ada hak pertahanan persendirian dalam hal-hal yang sempat mendapat perlindungan pihak berkuasa awam.Dalam s 99(4), hak pertahanan persendirian tidaklah sekali-kali termasuk mengenakan kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.Dalam kes PP LWN Abdul Manap (1956) 22 MLJ 214, Abdul Manap telah dituduh mencedera parahkan ‘A’.Pergaduhan antara kedua mereka tercetus kerana tunggakan bayaran sewa sawah padi.Perasaan marah mereka tidak dapat dikawal dan ’A’ telah mencabar Manap supaya menumbuknya.Abdul Manap menumbuk ‘A; tetapi diserang balik oleh ‘A’. ‘A’ mencekik Abdul Manap .Dalam keadaan yang amat terdesak, Abdul Manap mengambil besi tajam dan menikam ‘A’ di dadanya.‘A’ cedera parah.Pihak mahkamah membuat keputusan bahawa Abdul Manap dibebaskan.Di sini, abdul Manap hanya menikam ‘A’ sekadar untuk melepaskan diri dan tidak melakukan lebih daripada itu. Dengan itu, Dalam kes Johny, Johny tidak mempunyai pilihan lain melainkan menikamnya untuk melepaskan dirinya. Sewaktu dalam pergelutan, dia secara tidak sengaja telah memotong jari kelingking Rocky dan mencederakan mukanya. Walaubagaimanapun, harus dititikberatkan bahawa Rocky juga akan menduga kecederaan tersebut mungkin akan menimpa ke atas dirinya apabila dia memeluk Johny dan mencuba untuk merampas pisau itu. Johny Cuma menikamnya sekali sahaja, bukan berkali-kali, dan ini menunjukkan bahawa itu adalah satu-satunya cara melepaskan dirinya dari situasi tersebut. Oleh kerana itu, dia tidak melampaui hak pertahanan persendirian.
Sekian, terima kasih.
Hakim: Baiklah, mahkamah ditangguhkan untuk membuat keputusan.
Mahkamah kembali bersidang jam 2.30petang ini.
Perbuatan tertuduh adalah atas dasar mempertahankan diri.Disini kami ingin menegaskan bahawa tertuduh telahpun memenuhi pra-syarat serta syarat-syarat hak pertahanan persendirian.Terdapat beberapa syarat penting yang harus dipenuhi bagi membolehkan OKT dibebaskan dari tuduhan. Syarat pertama adalah OKT mesti subjected to an offence atau ikut erti kata lain, OKT berada dalam suatu masalah. Merujuk kepada s 97, setiap orang mempunyai hak  untuk mempertahankan diri sendiri, dan diri org lain terhadap sebarang kesalahan yang melibatkan tubuh manusia. Walaubagaimanapun, hak pertahanan persendirian ini bergantung kepada ketakutan yang munasabah.Semasa waktu konfrontasi, Johny berasa tertekan dan terancam kerana Kumar dan gengnya mengepung Johny. Oleh sebab itu, Johny mengambil sebilah pisau dari kelab malam kerana dia takut akan terjadi sesuatu yang buruk terhadap dirinya. Dengan merujuk kes Tony ak Beliang v PP, dimana kes tersebut menegaskan tertuduh mempunyai hak mempertahankan diri atas kesalahan dimana secara realitinya, bukan suatu kesalahan, walaupun Kumar hanya memulakan pergaduhan mulut dengan Johny, situasi pada hari kejadian menekan Johny untuk melakukan perbuatan diluar kawalannya . Pra-syarat kedua adalah OKT mestilah tidak mempunyai masa untuk mendapatkan perlindungan dari pihak keselamatan seperti yang tertakluk dalam s 99(3). Disini kami ingin menegaskan bahawa disebabkan oleh konfrontasi dengan Kumar, tertuduh tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk berdepan dengan Kumar. Kami juga ingin merujuk dua kes untuk memperkukuhkan lagi hujahan kami. Dalam kes PP v Seow Khoon Kwee [1988] 2 SLR (R) 310, dimanaSi tertuduh telah menikam rakannya kerana si tertuduh mendakwa bahawa rakannya akan menyerang si tertuduh. Pihak mahkamah menolak pengakuan mempertahankan diri atas sebab si tertuduh merasa terancam terhadap si mati sehari sebelum waktu kejadian.Oleh sebab itu, si tertuduh mempunyai masa untuk mendapatkan perlindungan dari pihak polis.Dalam kes PP v Lim Yew Sen [2004] 2 MLJ 97, Si tertuduh mengikuti si mati ke suatu tempat untuk mengadakan “gentleman’s fight”.Pihak mahkamah menolak defence atas sebab s 99 (3). Oleh sebab itu, kami yakin bahawa tertuduh telah memenuhi kedua-dua pra syarat.Seterusnya, kami yakin syarat-syarat juga Berjaya dipenuhi oleh tertuduh.Syarat utama yang harus dititikberatkan adalah kebimbangan yang munasahabah.Tertuduh berjaya melepasi syarat tersebut tertuduh dikepung oleh Kumar dan gengnya. Situasi tersebut menimbulkan “kebimbangan munasahabah” di mana pada bila-bila masa, serangan akan berlaku dan dia mungkin akan mengalami kecederaan parah ataupun dibunuh. Situasi ini diperkukuhkan dengan merujuk kes PP v Dato’ Balwant Singh (No. 2) [2003] 3 MLJ 395, tertuduh, seorang pemandu kereta merupakan mangsa “amukan jalanan” oleh si mati, seorang penunggang motosikal.Si mati menarik keluar tertuduh dari keretanya dan menggunakan sebatang kayu untuk memukul tertuduh sehingga menyebabkan kecederaan keatas tertuduh.tertuduh menggunakan senjata api dan menembak kearah lain sebagai tanda amaran tetapi si mati tetap menyerangnya. tertuduh menembak si mati sehingga mati. Pihak Mahkamah memutuskan tertuduh dibebaskan kerana dia melakukan perbuatan tersebut atas sebab untuk mempertahankan dirinya. Augustine Paul J menyatakan bahawa si tertuduh “dengan perasaan takut bahawa si mati akan mencederakannya atau membunuhnya.” Si mati menggunakan Batang kayu yang boleh menyebabkan retak pada bahagian kepala atau tulang.Tertuduh juga berjaya tempoh pertahanan persendirian.hak pertahanan persendirian bermula sebaik saja muncul kebimbangan bahaya yang munasabah terhadap tubuh badan, walaupun kesalahan belum lagi berlaku dan berterusan selagi kebimbangan bahaya kepada tubuh badan berlaku. Menurut kes PP v Ngoi Ming Sean [1982] 1 MLJ 24 tertuduh dibebaskan kerana dia tidak mempunyai masa untuk mendapatkan bantuan selain dari menarik picu pistol demi menyelamatkan dirinya dari simati yg ketika itu sangat agresif.Mahkamah turut berpendapat bahawa kebimbangan yg munasabah kerana secara fizikalnya badan simati jauh lebih besar dan kuat dari tertuduh. Dalam kes Rocky, hak pertahanan persendirian bermula sebaik sahaja dia merasa “kebimbangan munasahabah” apabila dia dikepung oleh Kumar dan dia berfikiran bahawa serangan telah bermula apabila Johny memeluknya dari belakang dan mencuba untuk mengambil pisau daripda genggaman Johny, satu-satunya senjata yang dia boleh gunakan untuk mempertahankan dirinya. Syarat ketiga adalah dimana OKT menggunakan kuasa yang munasahabah dan masa untuk mendapatkan bantuan daripada pihak keselamatan.Menurut s 99(3), Tidaklah ada hak pertahanan persendirian dalam hal-hal yang sempat mendapat perlindungan pihak berkuasa awam.Dalam s 99(4), hak pertahanan persendirian tidaklah sekali-kali termasuk mengenakan kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.Dalam kes PP LWN Abdul Manap (1956) 22 MLJ 214, Abdul Manap telah dituduh mencedera parahkan ‘A’.Pergaduhan antara kedua mereka tercetus kerana tunggakan bayaran sewa sawah padi.Perasaan marah mereka tidak dapat dikawal dan ’A’ telah mencabar Manap supaya menumbuknya.Abdul Manap menumbuk ‘A; tetapi diserang balik oleh ‘A’. ‘A’ mencekik Abdul Manap .Dalam keadaan yang amat terdesak, Abdul Manap mengambil besi tajam dan menikam ‘A’ di dadanya.‘A’ cedera parah.Pihak mahkamah membuat keputusan bahawa Abdul Manap dibebaskan.Di sini, abdul Manap hanya menikam ‘A’ sekadar untuk melepaskan diri dan tidak melakukan lebih daripada itu. Dengan itu, Dalam kes Johny, Johny tidak mempunyai pilihan lain melainkan menikamnya untuk melepaskan dirinya. Sewaktu dalam pergelutan, dia secara tidak sengaja telah memotong jari kelingking Rocky dan mencederakan mukanya. Walaubagaimanapun, harus dititikberatkan bahawa Rocky juga akan menduga kecederaan tersebut mungkin akan menimpa ke atas dirinya apabila dia memeluk Johny dan mencuba untuk merampas pisau itu. Johny Cuma menikamnya sekali sahaja, bukan berkali-kali, dan ini menunjukkan bahawa itu adalah satu-satunya cara melepaskan dirinya dari situasi tersebut. Oleh kerana itu, dia tidak melampaui hak pertahanan persendirian.

Polis : Mahkamah bangun.
Polis : Mahkamah bangun.

KEPUTUSAN
*BERGANTUNG KPD HAKIM UTK BUAT KEPUTUSAN
*KALAU PENDAKWARAYA MENANG


Hakim : Baiklah.
Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, iaitu pihak pendakwaan dan pihak pembelaan, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa tertuduh bersalah dan menerima hujah-hujah pihak pendakwaan. Maka dengan itu mahkamah menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan denda RM5000 terhadap tertuduh.

*KALAU PIHAK PEMBELAAN MENANG

Hakim : Baiklah.
Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kewujudan kes keraguan melampaui munasabah dan pihak pembelaan berjaya membuktikan pembelaan persendirian oleh tertuduh. Oleh itu, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa tertuduh tidak bersalah. Maka dengan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan.

*jika judge ada ayat tmbahan sendiri, dipersilakan tambah. J



NOTA KAKI: Correction utk panggilan kpd hakim. It should be "Tuan Hakim" instead of 'Yang Arif" since buat kat mahkamah sesyen, bkn mahkamah tggi. but i'm too lazy to correct all that :P